Khamis, 21 April 2011

Jom pi makan kat kedai mamak......

Sebelum korang makan di kedai mamak korg penah terpikir x ttg kebersihan di dapor dorang??or korg terus ke amik pot lepak pastu order makan.....walaupun x semua kedai mamak kotor, tetapi kebersihan perlulah ditikberatkan.....disini de beberapa contoh gmbar yg diambil di salah satu kedai mamak....korang boleh buat penilaian sendiri
nie rupe dapor dorang


tong-tong akan digunakan semula untuk simpan kicap dan sos
      so selepas nie korang boleh nilai sendiri tepuk dada tanya selera.....dah la kebersihan x dijaga,harga melampau-lampau...makanan recycle plak tue..bukan nak suruh boikot tapi boleh dfikirkan menggunakan akal lojik yg ada....tue tak termasuk lagi pekerja-pekerja dorg tempat tggal dorg camner....lu pikir la sendiri.....                

agak lucu




Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat
suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu
dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu
saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan
sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi
saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah
saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer
kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak
sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari
arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia
menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori
tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak
saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.
Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah
feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu
feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire
pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori
itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak
saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri
yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri
semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori
sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia
menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia
menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan
kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.
Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik
ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg
tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang
putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun
sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri
itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.
Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang
telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia
menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan
semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih
ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu
kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran
yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya
terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di
rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah
saya lihat sebelum saya mati.

Rabu, 20 April 2011

Berhati-hati di jalan raya

pada 19 April 2011 telah berlaku satu kemalangan antara motor dan kereta....dun drive laju-laju k...
berhati-hati nasib baik tiada kemalangan jiwa yg berlaku.......




Kursus Induksi Umum Khusus dan Pra-penempatan Kump 1 bulan Mac 2011

peserta terdiri drpd 61 org daripada W27,FT41 dan W41...x ramai dan kerja pon senang....kelas malam xde, persembahan makan malam pon xde simple jer.....hehehe...

antara yg menarik





Antara gambar2 yg menarik so kalo berhajat nak amik dipersilakan hehe......source drpd tiong king (thx alot)
sesaper yg nak share pic leh email kan ke asraff87@gmail.com k

Floor manager of da year......

floor manager (berbaju merah) yg bertungkus lumus bersama nak buah untuk memastikan persembahan pada majlis makan malam berjalan dengan lancar....pening siot...
ENJOYABLE.....

Lagi gambar kenangan.....

Gambar semasa program Latihan Dalam Kumpulan.....program yg memupuk kerjasama antara semua peserta.....

nak buat lagi x majlis makan malam....hehehehe

Selasa, 19 April 2011

Majlis makan malam

nie de beberapa keping gmbar ngan video yg sempat dirakam pada majlis makan malamtue dengan tema warna warni malaysia.....




persediaan majlis makan malam

time nie yang menguji para peserta......ade yg tertekan,marah2 pon ade tapi yg penting enjoy ape enjoyable..hehehe korg tgk r sendiri video klip yg sempat dirakam....KAMI x GENTAR....papepon hasil penat lelah berbaloi bile time makan malam tue berjalan dengan lancar dan meriah..........

sepanjang perjalanan kursus

Disertakan dengan gambar2 sepanjang kursus ini dijalankan.....

hehehe de sampai yg nk tertido dengar ceramah erk.....   

Kursus induksi kump 2 pada bln januari 2011

Gambar peserta kursus Induksi Kump 2 pada bulan jamuari lepas seramai 123 orang dari gred N17 & W17..setakat nie la yg paling ramai peserta..mcam-macam ragam suka duka....hehehe
k stakat nie more to come...

Assalamualaikum...salam perkenalan..

baru nak start berblog nie....kalau de sesape yg nk bg tnjuk ajar dialu-alukan....disini kite boleh berkongsi-kongsi serta bertukar pendapat khasnya berkenaan dengan kursus induksi umum,khusus & pra-penempatan...